3.39 PM

Assalamualaikum,
haha update malam malam. Burung hantu.
tak boleh tidur... buku sains kat depan mata :)
pastu kita blog kejap sebab tadi bukak facebook, chat dengan kawan time sekolah rendah..
dia pulak tengah chat dengan ada la sorang budak lelaki ni.. diaorang sweet.
budak lelaki ni asyik kelentong dia, last last off terus =..=`
to my friend (tak boleh bagitau.. secret girl) be patient, budak lelaki memang macam tu perangai diaorang, pulau,bahan,kelentong dan apa-apa jelah. Kita relax je~ ok, just cool down, steady.. easy girl :D




heee budak lelaki marah.
ok dah.
izzah shared dia video jepun (bukan video kat atas tu).. hehe dia kata nak nangis sebab video tu dia cerita pasal diaorang ni graduate lepas tu nangis nangis la sebab nak berpisah dah.. tiba-tiba kitaorang pun teringat time sekolah rendah dulu.. huhu
nanti sekolah menengah pulak, berpisah dengan kawan-kawan, hala tuju sendiri dah, berpisah dengan pakwe sekali.. upss.. hiii betullah kan :D
Adibah Solehah i love you, you know!! i wanna see you, ahh, rindu rindu sangat..
dan kawan kawan yang lain jugak :) nak jumpa sangat dengan korang.. semua sekali :') nak ketemu deyh.

harap jodoh kita dapat jumpa, rindu amat

On Midnight. Gahaha!

hoi hoi hihi
tengah malam~
ha! tiba-tiba teringat satu teka-teki ni.
cuba korang jawab.

"tengah malam ada apa?"

Senang je jawapan dia, teka-teki ni dapat dari sahabat Izzah, Syafiqah. Dia pulak dapat dari anak saudara dia yang berumur 5 tahun bebeyh. 

Malam semalam, Abang Ammar (abang k-2) suruh call dia, pastu call jela macam biasa, 
tanya khabar semua. Hmm dia duduk kat pondok Pahang, belajar kat situ, umur dia sekarang 19 tahun dah.

#rindu kat Abang Ammar#

kami semalam sembang-sembang jap, dia en banyak kali tanya ayah ibu wat apa, bengang pulak aku
jawab jugakla.. kang merajuk pulak~

Izzah : kenapa bilik sepi je? selalu ada je orang kacau line.
Ammar : oh... hari ni dorang tak lepak bilik aku.
Izzah : so, kau dengan siapa je?
Ammar : aku dengan adala sorang kawan aku ni. kawan aku ni en pandai cakap jepun uh.

Izzah excited gila !! sebab kan abang Izzah kata dia pandai berdialog jugak, mean takde la tau basic je. 
lepas tu sebab Izzah teringin nak cakap dialog bahasa jepun dengan orang and that's why la izzah ajar kawan-kawan bahasa jepun biar boleh cakap-cakap dengan diaorang. Tapi susah sikit, sebab berbelit-belit diaorang sebut.
kalau orang fanatik bahasa jepun, lidah bersimpul tak terjadi. :D

Izzah : dia tengah wat apa?
Ammar : baca komik.
Izzah : oh.. umur dia berapa?
Ammar : amboi! nak menggatal dengan budak pondok ke?
Izzah : jawab jela..
Ammar : 21 tahun je. Nak ke?
Izzah : aa.. ha.. takpelah, aku suka budak yang umur dia bawah aku je. hahak.
Ammar : mean kau la yang kena tua?
Izzah : hmm yelah (tempias, aura hitam)

tanpa berlengah lagi, Izzah suruh Abang Ammar cakap kat dia 'Oyasumi Nasai (Selamat Malam)', 
abang Izzah cuba la cakap, hahaha! pergh comel je.

                                         

lepas tu orang tu bukan nak jawab, tapi bagi makna kat abang =,=" ihhh...
lepas tu dia suruh Abang Ammar cakap kat izzah 'Namae Wa Desuka? (what's your name?)' uu time ni dengar suara dia sama macam orang jepun cakap, macam nak suka pulaklah.. haaa
Izzah pun jawab je la, 'Izzah Desu (i'm izzah)'
rasa macam woa! and tiaba-tiba teringat Toma Ikuta

haha toma tersedak >o<`

tapi kami tak cakap voice to voice pun, past past melalui Abang Ammar, lepas tu dia geram, sebab bahasa jepun buat lidah dia berbelit-belit.
then, dia suruh Abang Ammar cakap apa entah, tak jelas sangat kan Abang Ammar cakap. 
kemudian, izzah dengan abang cakap pasal gadget kejap. Tukar tajuk pasal birthday pulak, dia terlupa birthday izzah :(  dialog dia macam ni
Izzah : Ammar cuba kau tengok calendar.
Ammar : (dengar dia turun dari katil) ha kenapa?
Izzah : kau tengok 16 hari bulan.(excited voice expressed)
Ammar : bulan 5 ke? (selak selak)
Izzah : ak ah, cuba teka hari tu hari apa?
Ammar : mana la aku tau...
Izzah : takkan tak tau kot, kau teka la...
Ammar : entah.
Izzah : weyh, birthday aku la, huk sampai hati kau tak ingat
Ammar : hmm nak buat macam mana kan..
Izzah : ok, kau dah tau kan, cuba kau wish (excited voice expressed again).
Ammar : selamat hari lahir.
Izzah : ahaha terima kasih, ha! cuba kau tanya budak uh, happy birthday dalam bahasa jepun apa?
Ammar : (go to asking and his vague voice)
Kawan Ammar : tak ingat la.. (dia cakap kat Abang Ammar).
Izzah : bhaha aku menang (also excited voice experessed)
Ammar : (vague voice) wey Muhammad, dia kata dia menang.
Kawan Ammar : haha ek eleh.

lepas tu Izzah kata kat dia yang izzah nak off call dah sebab guna phone rumah kan, nanti bil ayah yang kena bayar. Banyak. Dia ok je lah. But, before that Izzah suruh cakap kat kawan dia 'Ja Ne..(see ya)' . Lepas tu dia balas 'Konbanwa.(goodnight)' aha sweet tak kitaorang :p
tapi tiba-tiba dia cakap 'Watashi Wa Mohammad Desu.(i'm Mohammad)' haha tergelak jap en sebab

Watashi wa (saya) > perempuan
Boku wa (saya) >lelaki

Izzah suruh Abang Ammar cakap benda ni kat dia. Pastu dia tanya pulak kalau 'Anata Wa? (you)' dengan 'Omae Wa (you)' apa beza. Izzah kata tak ingat, lepas tu dia tanya 'Hontou Ni? (really?)'  :) haha ok meh Izzah bagitau kat korang.

Anata wa (you) > perempuan
Omae wa (you) > lelaki
Kimi (you) > familiar

end call teet! but but but but
Izzah tanya la dulu nama dia siapa, 
nama dia Nurul Muhammad (cahaya yang terpuji)
tetiba macam nak sama en nama depan dia dengan Izzah punya Nurul Izzah Atiqah (cahaya kekuatan yang kuat)
dia disebalik phone tu, tertanya-tanya dah kenapa Abang Ammar sebut nama dia kat Izzah. hehe.

teeet



bye!








Izzah shared video sebab style la, hehe kalau tak suka tak mengapa, saja shared, 
ni video time celebrated birthday yang ke-21 artist ni.
ok, tak tanya kan? takpe saje bagitau. nggee~








get back home

Assalamualaikum !

Hari ni kan 18 MEI kan, tadi time nak pulang tu, ibu bukak radio IKIM.FM dan time tu tengah discuss pasal apa entah, sebab masuk masuk kereta je dah cakap pasal benda tu.
Lepas tu interesting matter yang izzah terdengar

"Kalau kita nak mengadu kat kawan kita tentang apa apa masalah pun, kita niatlah mengadu tu kerana ALLAH, supaya ALLAH  beri ilham kat kawan kita tu untuk kawan kita dapat menyelesaikan masalah kita tu dengan baik"

monday to sunday



Assalamualaikum,

ok, dah masuk 2 minggu dah izzah exam mid year.
dari Isnin sampai Ahad... tak henti-henti baca buku.
tak apa mid year 1 week je lagi bebeyh !
haaaa~ banyak la kau Trial SPM lagi ! Real SPM lagi !

ALLAH

Struggle la kut. 
Lagi-lagi Prinsip Perakaunan, senang memanglah senang, tolak tambah times divide je, tapi format kena hafaz.
yang lain, Alhamdulillah On Keep.

"trouble first, have fun later."
















#Dapat ilham tajuk dari lagu kat bawah ni. Bluetooth dari kawan saya, Helwa. Jujur ni#






16 MEI


16 MEI
^o^"
cuba teka tarikh ni kenapa?

ha! hari guru?!
oh yea memangla betul.


nah a song for you teacher...
tapi perempuan tu bukan cikgu izzah :p

_______________________________________________________

sebenarnya kan, kalau korang nak tahu
16 MEI is my birth day
pergh! izzah cikgu ~
lepas tu kan, 16 MEI ni juga birthday kawan izzah yang sama class
dan juga birthday jiran atau boleh dikenali sebagai kawan ayah 
serta rakan-rakan di facebook : 1. Hawa Nur Imani
                                           2. Izzat Firdaus 
                                           3. Syahir Jamel
mereka pun birthday 16 MEI. Itu je individu-individu yang dapat dikesan. Even tak kenal tapi izzah nak wish juga 

'Selamat Hari Lahir'
'سنة حلوى'
'Happy Birthday'
'Otanjoubi Omedetou Gozaimasu'
'Saeng Il Chukkha Hamnida'
'Maligayang Bati'
'Shengri Kuaile'
'Iniya Piranta Nal Valttukkal'
'Sukhsant Wan Keid'

hahahaha!!! orang belajar bahasa memang cimni.
Izzah guna Bahasa Melayu, اللغة العربية, english, nihon go, hangug-ui, pilipinas, zhongguo de, tamil, thai.
faham-faham kan je la ...
sebenarnya kan 16 MEI 2012, sekolah Izzah, sam10, ada exam, tapi ditangguhkan sebab PPD nak jenguk. sebenarnya boleh je gantikan dengan tarikh lain, tapi sebab ada orang nak datang kan... kesian cikgu peperiksaan kena alter balik jadual periksa.

khas untuk orang 16 MEI  je. heee



-enjoy-

 

i'm not perfect
always make a mistake
maybe cause your heart break

offenses do not find it
but pardon it

as my birthday today
please make my day
a pleasant day
with your pray

I want a magical
that produces some miracle

fogiveness
you will blessed

my friend
bring me to neverland
so I can see the simple wonderland


The End


pahal ni

aha!
hari ni tiba-tiba macam happy sangat, bak kata teens sekarang la kan. 'best gila'


entah la, sama jugak macam piqa kawan saya-
yup today it's better than yesterday.


hurm.. jika hari ini adalah hari yang paling bahagia daripada semalam maka beruntunglah kamu.
sebenarnya dalam 1 hari tu ada yang unlucky and lucky kena kat kita, tapi sometimes kita tak perasan pun ken.

you brought COLORS in my life


Oppppssss! heeeee-

Assalamualaikum

my senior told me that the meaning of 'kawan' and 'sahabat' are different.

'kawan' is who will be nice to us when her/his friend are leaving
she/he will find us when have a problem
But,when he/she have another friend maybe more good,she/he will leaving us
she/he will story something bad about us
she/he will keep away from us

with this, we will be sad, sadness inside us hit!


absolutely different with 'sahabat' 
'sahabat' will help us when we need and really need a help

'sahabat' will always advice us when we make a mistake

'sahabat' will raise the spirits when we fall

'sahabat' will accompany us everytime

when we're not able to achieve a desired, 'sahabat' as well as ready to help us

'sahabat' always delight us

'sahabat' always loves us, no matter how many different between her/him and us

'sahabat' will share everything!!



SAHABAT







Apa yang ada?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwan alaikum. ^o^`
Jawab salam adalah wajib.
Ajib ya ukhti ..hihi

korang tanya izzah apa yang ada?


 what do you want ha?!

heee- nah tengokla ni kat bawah, tu je la yang ada kot. takde apa dah~






time ni lepas tamatnya seminar Bahasa Arab, Ustaz Solahuddin~ best. Serious.
Izzah datang sekolah tengok kawan-kawan semua tengah baca buku PSI (Pendidikan Syariah Islamiah), esoknya nak exam.
Izzah tak baca pun, hirup air soya kotak je.

Lepas tu pergi ambil buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang kena rampas sebab tak balut, dapat pembalut free. Bayar RM1.50. ceh!

ustaz ni ajar magic aw, magic about fingers.. jadi !!


if you believe in yourself, it will happen.
confidence in life is magical,
once when it happens
this is a miracle.



SAHABAT MSQ

Assalamualaikum,
26 April 2012. lama dah... bulan lepas.
Apa jadi?!
time ni ada barnaamij yang bertajuk 'Temui Jalan Pulang' bawah seliaan guru kaunseling Cikgu Zulhilmi di Dewan Makan Asrama. Just untuk budak form 4 & form 5 (Al-Khawarizmi & Al-Farabi) je! Tapi ada class form 5 Ibn Nafis, tiba-tiba je mencelah kan. Alasan cikgu yang suruh.
Alang Naemi, just panggil Alang je.. Dialah yang ubah mood kitaorang = boring > happy >sedih > bengang > hyperover happy.. tu je la kut


okey, baiklah. jom mari kita tengok pictures sambil cerita..
it's show time! howyea!!

he is Alang, yup a motivator.. huuuuu~ 

#mangsa pertama#
ok, yang tu Anuar kot nama dia, budak form 4 Al-Khawarizmi.

#mangsa kedua#
nama dia Ikmal Hisyam, form 5 Al-Khawarizmi.

Asal tiba-tiba main 'mangsa-mangsa' pula nih... asal dengan diaorang? 
sebenarnya diaorang kena buat ni >>
                                                      v
                                                      v

  main tolak-tolak ! haha 
apa reason abang Alang suruh budak 2 orang tu tolak dia?
kenapa?
apasal?
awat?

ok, first dia batukan diri dia. mean keraskan badanla.. Lepas tu dia suruh budak 2 orang tu tolak dia kuat-kuat, tapi bila 2-2 tolak, tak jadi apa-apa pun, abang Alang still membatu kat situ, even goyang-goyang sikit kan.
second, abang Alang tak batukan badan dia pula, dia suruh budak 2 orang tu tolak dia lagi, baru je budak-budak lelaki tu nak sentuh bahu gebu dia, dia dah tertolak sendiri...
konklusinya, apa-apa yang kita buat adalah kehendak kita sendiri, kita yang ubah diri kita bukan orang lain,
contoh bagi peristiwa pertama, kalau parents suruh kita study study study study study, tapi kalau kita tak nak? Tak jadi apa~ even parents dah motivate bagai nak rak je pun, tak akan jadi apa-apa!
contoh bagi peristiwa kedua, kalau parents suruh belajar belajar belajar belajar belajar, motivate kita sekali, lepas tu bila kita rasa kita nak berubah la, kita akan berubah. caya deh!


summa, dia shared video ni

pasal ibu pula..
korang tonton je la, best je.


picture ni pulak cerita pasal my bestfriendeverafter hoho
ok, time ni kawan baik Izzah tengah cerita tentang Almarhum ayah dia.
kami ni semua, lagi-lagi kawan-kawan Izzah yang kawan dengan dia jugak, sebak sangat..
#I hope you strong enough Suraya, i'll always beside you with our friends, insyaALLAH#


then, masuk pasal ibu pula, jasa-jasa yang dia dah buat untuk kita :)
'Kaulah ibuku, cinta kasihku
terima kasihku, takkan pernah terhenti
kau bagai matahari,yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kasih sayangmu'






dah habis nangis dah, haha..
nampak je helwa tengah kesat tears drop.




diaorang 2 ni tengah buat ucapan terima kasih untuk ibu diaorang, sweet betulla~









apa ni?? tido ke?!
haha taklah..
time ni, abang Alang suruh kitaorang bayangkan, one day kita pergi ke dewan sekolah untuk ambil result, kita rasa takut sangat, takut kita dapat tak apa yang ibu ayah kita nak, takut sangat ni nak bukak, then kita tengok jugak result tu, one by one kita tengok, 
Budak account                Budak science
BM A+                      BM A+
BI A+                       BI A+
BA A+                     BA A+
PA A+                      BIO A+
EA A+                      KIM A+
QS A+                     QS A+
SI A+                      SI A+
SC A+                       FIZ A+
MM A+                      MM A+
AM A+                       AM A+
SJ A+                         SJ A+

kita ucap Alhamdulillah, kita salam guru-guru kita and ucap terima kasih. then, keluar dari dewan, kita terus ke kereta, ayah ibu tengah tunggu dalam kereta, kita tengok diaorang tengah tidur lena, kita buka pintu sebelah ibu, kita kejutkan ibu dengan ayah, 
kemudian diaorang pun terjaga, kita tunjuk kat diaorang result yang kita baru dapat, ibu ayah mengalirkan air mata, diaorang cium dahi kita... terharu dengan usaha kita..
:)


tiba-tiba kebetulan cikgu Fiza datang kat DM(Dewan Makan) ni ha. Lepas tu abang Alang kata ada someone nak ucap terima kasih kat cikgu, 
anak dia le
nah ni ha peristiwa dia..


sebak en, huhu, rasa woah~ :,D

ba`da zalik,



kitaorang nyanyi lagu 'ibuku', pegang bahu kawan, goyang kiri kanan :|

ok dah, tu je slot sedih yang ada, berair mata 
pastu kitaorang dah lap air mata masing-masing, dia ajar cara belajar yang betul supaya kita tak ngantuk dalam kelas. First, duduk tegak, rapatkan dada dengan meja (jangan terlalu rapat sampai sesak nafas) , buat macam budak kecik kat bawah uh..


then, sentiasa ada mood yang berbeza-beza. Ada 6 steps :
1. Buat muka tak faham sambil kata 'aaaa?', badan kedepan.
2. Buat-buat muka faham, sambil kata 'mmmm~', badan kebelakang.
3. Geleng kepala, kecikkan mata sikit sambil kata 'ish ish ish'
4. Lepas tu baru terkejut over, tapi sendiri-sendiri sudah, sambil kata 'ha!', bahu terenjut sikit.
5. Relax balik, buat muka faham sambil kata 'ooooh', kepala ketepi sikit, sikit je.
6. Angguk sikit kepala, sikit je, jari telunjuk dikeluarkan dan gerakkan jari tu up and down sambil kata 'baru saya tau..'
abang Alang kata buat banyak kali, baru berkesan insyaALLAH tak mengantuk or boring.

Lastly, abang Alang suruh kami semua berdiri, nyanyikan lagu sekolah kita, dia kata lagu sekolah samten terbaik, sampaikan budak Universtiti minta lagu tu jadi background music untuk apa entah.. bangga ar tu. hek eleh.

last-last. 
samten nye lagu sekolah. Saijoo!