Ustaz Azhar Idrus

Episod lalu Izzah mengkhabarkan yang mana Ustaz Azhar Idrus mahu datang ke masjid berdekatan rumah Izzah dan seluruh taman perumahan Izzah serta jiran taman perumahan Izzah teruja .. Dan sememangnya itu yang terjadi, tidak dapat dinafikan lagi akan kehadiran ustaz vlogger tersebut boleh membangkitkan semangat anak-anak muda dan awet muda seperti saya untuk hadir ke majlis ilmu.. Majlis ilmu yang bukan sahaja bermanfaat tetapi ianya juga kelakar hahaha dan sungguh sikap teruja penduduk Taman Cheras Utama dan jiran taman perumahan telah mewujudkan satu medan pasar malam buat julung-julung kalinya diadakan *clapapapap*. ما شاء الله {{|└(>o< )┘|}} 

Antara isi-isi yang sempat disalin oleh adik saya (sorry ah, lupa nak bawa note book) ialah 

  • Niat datang sebab nak dapat ilmu.
  • Pepatah Arab : betapa orang yang mendengar sahaja lebih arif daripada orang yang berkata-kata.
  • Wajib taat secara mutlak kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
  • Kita dapat, kita share  (ノ ̄ー ̄)ノ .
  • Kulit kita berkata-kata bila kita berbohong, itulah hari akhirat.
  • Cari dunia untuk kesenangan dunia, cari akhirat untuk kesenangan akhirat.
  • Dunia tu tak dicela, manusia orang dicela.
  • Sebaik-baik manusia yang panjang umur, baik di malamnya.
  • Doa : panjangkan umurku agar aku dapat mengabdikan diriku kepadamu, ya Allah.
  • Mati itu adalah nikmat dan mati itu juga adalah seksa.
  • Semua makhluk dengan mayat-mayat bercakap, kecuali manusia. Kalau manusia dengan mayat, pengsanlah.
  • Mati orang soleh -الحمد لله-
  • Mati orang tak soleh -نعوذ بالله / استغفر الله-
  • Biarlah mati sebagai orang soleh dan solehah.
  • Kubur itu kadang-kadang seperti taman syurga.
  • Kubur itu kadang-kadang seperti lubang neraka.
  • Mayat mendengar jika Allah izinkan. Sesungguhnya, mayat lebih mendengar daripada manusia yang hidup.
  • Roh orang yang sombong dengan Allah tak naik ke langit. Dia duduk kat sekitar kita je.
  • Kalau pergi ke laut dan gunung, bacalah ayat pelindung sebab ketika mana syaitan dan jin dan sekutu-kutunya dicampak keluar dari syurga, Allah campak mereka ke laut-laut dan gunung-ganang. Sebab tu berpenunggu  〜( ̄△ ̄〜)
  • Kubur tempat roh, bukan setan atau hantu.
  • Kalau jumpa hantu, nabi pesan, takbirlah.. Macam mana takbir ? Hmm.. '!الله اكبر '
  • Hantu nak bergurau je, tu lah hodoh  ヘ(;´Д`ヘ)
  • Hantu yang bahaya dia duduk di hati, contoh : jangan datang ceramah, buatlah maksiat  ^(#`∀´)_Ψ
  • Semua makhluk takutkan Allah kecuali manusia.. hanya sebahagian [ذكر الله]
  • Bertakbir = membesarkan Allah.
  • Siapa takut pada makhluk, dia tak takut pada Allah.
  • Siapa tak takut makhluk, dia takut Allah.
  • Ucap آمين dengan Imam dapat keampunan dosa   malaikat mendoakan
  • Sebut   بسم الله الرحمن الرحيم   sokmo sokmo  (/^▽^)/
  • Dunia tempat kita buat baik supaya senang di akhirat.
  • Perempuan yang pakai ketat-ketat masa solat hukumnya makruh selagi tak dilihat oleh lelaki ajnabi.
  • Ketika solat, kalau ketawa sedikit dimaafkan tapi kalau AHAHAHAHAHA batal ah solat.
Tiba-tiba Ustaz Azhar Idrus dapat 1 soalan yang bertulis, 

Ustaz, saya orang bukan Islam tapi saya suka dengar ceramah Ustaz, bolehkah saya dengar ceramah ustaz di masjid ?
Ustaz pun jawablah,

Boleh. Tapi ada 2 syarat :
1. Dibenarkan oleh orang Islam iaitu orang yang menguruskan masjid.
2. Jaga adab-adab dalam masjid.

Ibu Izzah kata dia nampak orang tu berdiri di tepi pagar masjid mungkin disebabkan terlalu ramai tetamu di masjid.. dan dia seorang lelaki berbangsa Cina, apabila Izzah menceritakan perkara ini kepada sahabat Izzah, dia kata "nak dekat dah ~" 

Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau.. Amiin ~

No comments:

Post a Comment