Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Assalamualaikum !

Siapa nak tau, Izzah kan dapat PLKN ~
Siapa nak tau, Izzah tak suka PLKN ~
Siapa nak tau, jauh tempat PLKN ~

Nak bukti ? Nah !

(┌ ・. ・)┌                        



TADA !

Tata la nanti kan.. Doakan Izzah baik-baik kat sana nanti. "Kamek" hee

Jap, nak buat short story jap.
________________________________________________________________
Selepas menyemak penempatan PLKN.











Izzah : Weyh Najwa, kau tengok la ni.
Najwa : Apa ? ( Buat muka kerek ).
Izzah : Cuba kau tengok ni.

Najwa menutup novel Gaduh-gaduh Sayang ketepi dan mengalihkan pandangannya kearah skrin komputer riba. Tiba-tiba..

Najwa : Uyyooo ! Pergh ! Best gila !  Sarawak duh !
Izzah : Aku tak suka.
Najwa : Pahal kau ?! Pergi je la. Best apa.

Berlari-lari keluar dari bilik mendapatkan Ibu yang sedang menghadap telefon bimbitnya di kerusi bahagian ruang tamu.
Izzah : Ibu ! Tengok la ni ! Cepat ! ( Sambil menarik-narik tangan ibu masuk ke bilik ).
Ibu : Mende ?
Izzah : Ibu tengoklah ni ! Alahakhak tak suka la...
Ibu : Hish budak ni. Mende ?
Izzah : Ibu baca la ni. ( Sambil jari menunjuk kearah komputer riba yang memaparkan keputusan penempatan PLKN ).

Ibu membaca satu persatu apa yang tercatat. Sehingga...

Ibu : Wah ! Dapat kat Kuching. Best tu. Naik flight la Izzah cimni.
Izzah : Memanglah best tapi tak suka la.. Takut ~
Ibu : Nanti Izzah pergi tempat berkumpul dengan kereta, naik bas, naik kapal terbang, lepas tu naik sampan.
Izzah : Ala.. Tak nak la cimni. ( Dalam minda memikirkan buaya )
Ibu : Nanti Izzah kat sana hati-hati, jaga diri, baca Al-Quran dengan Ma'thurat selalu tau. Cari kawan-kawan yang baik. Ingat kat sana jangan terpengaruh tapi mempengaruhi. Jangan tunjuk lemah diri tu. Tegas kuat sikit. Biar orang tengok even Izzah badan kecik tapi semua benda boleh buat. Tau tau. Jaga adab. Jangan pergaulan bebas sangat kat sana.
Izzah : Hmmm InsyaAllah

Luar angguk-angguk je tapi dalam hati 
 ╥﹏╥ 
Apabila terdengar Ayah baru balik dari kerja, cepat-cepat Izzah pergi mendapatkan Ayah.
Izzah : Ayah ! Ayah nak tau tak, Izzah dapat PLKN kat Kuching, Sarawak..
Ayah : Ha ?
Izzah : Izzah dapat PLKN kat Kuching, Sarawak.
Ayah : Kenapa pikir kat Kuching pulak ?

( ̄◇ ̄)

Izzah : PLKN la Ayah..
Ayah : Oh PLKN.. Kenapa ?

( ̄◇ ̄)
Izzah : Izzah dapat kat Kuching, Sarawak.
Ayah : Jauhnya !
Izzah : Kan ?
Ayah : Letak anak aku jauh-jauh. Tapi best apa. Nanti dapatlah Izzah jalan-jalan kat sana.
Izzah : Ada masa ke ?
Ayah : Hish kenapa jauh sangat. Cane nak tengok-tengok Izzah nanti. Ayah bukan boleh selalu pergi jenguk.
Izzah : Tu la pasal. Jahat la dorang ni.
Ayah : Takpe la, nak buat macam mana. ( Sambil mengusap-usap kepala )
________________________________________________________________

وخلاصة القول
Izzah memerlukan perlindungan dari Allah.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:43 AM

    Take yourself a good care at Sarawak later & follow all the advise that given by your parents, ok.

    ReplyDelete