Kisah Klinik Batu 9

Assalamualaikum..

:]

Pada 20 Disember 2012.
Izzah pergi buat medical check up kat Klinik Batu 9.
Sebab. Sebab? Oh korang tanya sebab apa ?

Haaaaaa... Sebab...

PLKN.

Ye~

Jiwaku meronta-ronta. Hatiku gelisah. Jantungku berdebar. Fikiranku tak terarah.

Tangan dan kakiku menggeletar.

Perutku tiba-tiba terasa lapar walau sudah menjamah 3 senduk nasi berlaukkan ikan bakar dan sayur bayam. Mmm sedapnyeh.

Kepalaku perih seperti dipukul kayu balak, akan tetapi daku tahan kesakitan kepala yang aku alami itu.

Masih.. masih.. iya.. masih dup dap dup dap. Terlalu kuat sehingga kedengaran di cuping telingaku.

Tanganku pucat. Bibirku kering. 


A
ku berzikir, aku berselawat, aku membaca ayat kursi.

Lihatlah... betapa aku kecut untuk berjumpa, bertemu, berselisih, bercakap, bertegur sapa dengan jururawat dan doktor. Tetapi aku memberanikan diri, menguatkan semangatku.. Aku bisa mengatasi hal ini.. Ya, bisa, boleh..

Sedang aku membarakan api semangat di dada dan jiwa raga, tiba-tiba namaku dipanggil oleh jururawat perempuan yang sedang bertugas. Terus.. terus jantungku berdebar semula. Takut-takut di cocok.

Aku tetap memberanikan diri. Sedang aku asyik berjalan ke arah jururawat tersebut, tiba-tiba kasutku buat hal pula, hampir saja aku mahu tergelincir kerana lantai yang dipijak terlalu licin, nasib baik tidak terjadi.
Ok dah ah

Kemudian aku diminta untuk menimbang KG dan mengukur CM. Aku tinggi !! haha >#<
Ketinggian ku 154 CM dan beratku 37.9 KG. Aku sudah terasa biasa ketika itu. Akan tetapi ! Jururawat tersebut kaget.. kaget akan beratku, dia tertanya-tanya. Benarkah atau mesin ini yang rosak ? Aku mengiyakan beratku tetapi dalam hatiku riang sedikit kerana berat badan ku sudah meningkat dari 35 KG.

Setelah itu tanganku dipam..

Mataku diperiksa sama ada rabun atau tidak.. Nampaknya rabun jauhku makin berkurangan alhamdulillah.

Aku diperiksa air ******* .. Macamlah aku ni hisap dadah Ծ_Ծ Aku pernah hisap botol susu je 

Akhir sekali, saat-saat yang membuat aku tunggu lama dikerusi menunggu... akhirnya namaku dipanggil oleh jururawat lelaki yang bertugas. Aku berhadapan, bersua dengan seorang doktor wanita.. Ketika itu aku memang sedang terbayang jarum. Hee apela.. Dia menanyakan penyakit yang aku alami selama aku hidup di muka bumi alam nyata dan aku memberitahu bahawasanya aku mengidap penyakit Migrain, Gastrik serta lelah. Dalam benak fikiranku ingin sahaja tertawa sedikit, hati ini riang kerna memikirkan penyakit-penyakit yang dihadapi itu adalah kronik tetapi doktor tersebut menyatakan ia hanyalah penyakit biasa sebab kesannya sekejap dan bukan setiap hari. Terus fikiranku berpetir, hatiku hiba dan pilu. Doktor terus melakukan kerjanya dengan memeriksa mata, tekak dan jantung untuk memastikan aku betul-betul layak atau tidak..

Pada borang pemeriksaan kesihatan PLKN itu, semuanya ditulis NORMAL. Aku sihat. Alhamdulillah. Pada borang penyertaan, doktor membulatkan perkataan LAYAK. Mulutku mengeluh, jiwaku mengaduh..

Doktor mempelawa aku dan ibuku keluar dari biliknya. Huh! Selesai sudah. Lega tapi tak suka.

Ibu memecut laju kereta Avanza berwarna Maroon pulang ke rumah. Dalam fikiranku memikirkan keadaan yang akan perlu ku tempuh.

Sampai sudah di rumah, terus aku membuka hijabku dan meluru ke ruang televisyen. Aku merampas bantal hiasan di sofa televisyen kemudian ku hempasnya di atas permaidani coklat. Permaidani coklat yang ayahandaku beli di Sarawak. Aduh ! Sarawak.. Aku meletakkan kepalaku di atas bantal, menonton televisyen, meramas kepalaku yang pedih perih. Wa Kholasotul Qaul, aku terlena. Bestnye rasa.

Nota : Pada pagi buta ini, sudah pukul 2 lebih, mataku masih membulat, tidak letih, tidak ngantuk. Aku mengambil keputusan untuk menceritakan kisahku di Klinik Bau 9 yang mana situasi ini berlaku juga di klinik-klinik lain dan di hospital juga. Aku keliru, aku tidak mengerti, aku bingung mengapa pagi ini aku sepertinya terlalu pelik. Aku hairan sama diriku ini. Ayat dalam ceritaku ini terlalu skema bagi pembaca dan aku juga. Hah sudahlah. Aku tidak peduli. Aku sudah menceritakan hal yang terjadi. Maaf jika post ku kali ni tidak memuaskan atau sukar dibaca. Kalau tidak faham, fahamkanlah, insyaAllah faham. Cukup cukup sudah, sampain di sini saja. Kaki ku terasa kejang dan semut-semut. Pinggang ku sakit. Umur sudah lanjut agaknya. Mahu masuk tidur. Terima kasih kepada pembaca dan komentar (itu pun kalau ada). Wassalam (●́◡●̀) /`

No comments:

Post a Comment