((-_-)) .اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Assalamualaikum.
Sihat wal 'afiah ? Alhamdulillah..
Hari ni 7 September 2012 bersamaan hari Jumaat.

Tadi tunggu ibu yang dari KL pergi shopping barang-barang jahitan dan terus ke Ampang untuk ambil adik-adik dekat sekolah SRA Al-Iman. Time tunggu tu, izzah duduk kat pondok sekolah berdekatan dengan kantin bersama Nur Anis Amira , Siti Nur Rahmah, Ezzatul Helwa dan Nur Aqilah 'Uzma.. Sementara tunggu ibu datang tu, izzah dengan Helwa pergi beli nasi goreng, *saya dapat nasi goreng kampung, helwa dapat nasi goreng biasa (^◇^)*

Bila Helwa my bestie sudah pulang bersama nasi gorengnya dengan Aqilah, mesti ah duduk sorang-sorang ken, izzah dengar je anis dengan rahmah chatting dan izzah jenis suka menyampuk. Time tunggu tu tiba-tiba ada sekumpulan pelajar lelaki asrama nak pergi solat Jumaat dan 'dia' melambai-lambai tangannya kat izzah sambil menguntum senyuman yang ek eleh..(◑‿◐)

Saya harap, saya tidak terlalu taksub dengan dunia minat-meminati yang boleh membawa ke an-naar, Astaghfirullah, ya Allah lindungi hati aku ya Allah..

Selepas dia dah mula melangkah pergi ke rumah Allah bersam
a rakan-rakannya. Izzah terus menanti nasi goreng yang belum siap dimasak oleh ibu kantin sambil perut kruk kruk akibat kelaparan. Time tu  izzah still dengar je cerita-cerita yang 'wow' dari Anis.

Bila nasi goreng yang dipesan tadi dah siap, apa lagi makan ah !.. Time tu still dengar lagi cerita Anis. Yep, dia memang banyak cerita. Semangat !
Izzah makan separuh je, yang lebih bagi kat adik, Farhatin Najwa, baik kan? Agagagaga weeek "δ"

Lepas tu pergi duduk lagi dekat dengan diaorang, tiba-tiba ada part interesting, pasal gangguan,

Anis kata, orang yang mengubat dia tu kata, kalau ada pape yang kita rasa tak kena,

cepat beristighfar, then baca Surah As-saffat ayat 1-10 & Surah Al-hajr.

Anis kata, orang tu cakap, gunanya surah ni untuk memantulkan balik 'benda' tu kat tuan dia.

Kalau boleh seharian hidup kita, berzikir banyak-banyak.

Jangan bila 'benda' tu dah datang, baru nak pergi berubat.

Mencegah lebih baik dari mengubati, right ?




p/s : jangan buat perkara yang boleh mensyirikkan Allah

jangan buat perkara yang boleh mengurangkan iman kita,

biarpun iman kita seperti jin = meningkat dan berkurang tapi berusahalah untuk meningkatkan iman kita.

Allah the Most Merciful and full of compassion, so banyakkan solat taubat.

Kita minta perlindungan dari Allah Subhanahu wa ta'ala.

Ada 1 teka-teki yang Izzah dapat dari ustazah Munyra ما الصلاة لا تحتاج الى الوضوء؟ [Apakah solat yang tidak memerlukan wuduk?]. 
Jawapannya... tentedeng selawat keatas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ☆ 

Banyakkan lah berselawat. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tarmidzi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Ni bukan ceramah aw .. izzah just nak remind for myself and your your your your your self..


1 comment:

  1. Anonymous4:02 AM

    (y)InsyaAllah sama2 kita jaga diri dgn ayat2 Allah spy Allah lindungi diri kita dr org2 yg nk send benda2 alah tu dkt kita :)

    ReplyDelete