Huh !

Assalamualaikum..
cerita, cerita !
korang nak tau tak, ingat lagi 20 Mei 2013, Izzah outing nak beli barang asrama la kononnya, kononnya..

Ok, tempat pertama pakcik van yang bawa kitaorang outing tu dia turunkan kami dekat depan Longwan. Kami masuk dan shopping macam biasa ececeh, akan tetapi Izzah dengan Ummi Nurhidayah (budak paling rapat dekat Yayasan Khairiah) macam takde benda nak beli dalam Longwan tu, summa kami get out dari pasaraya tu. Kitaorang pergi ke pekan baru dan pekan lama Baling. Sebab disitu lah banyak benda orang jual, dah nama pun pekan =..=`

Sampai petang pukul 5:30 macam tu lah, kami kabut cari surau, nak pergi masjid memang terlalu jauh. Takut sesat pun ada, sebab kitaorang bukan budak Baling. Agagga! Tiba-tiba time berjalan mencari surau, teringat yang masa outing buat kali pertama kat pekan Baling, kawan Izzah nama dia Iffah kata "kat stesen bas Baling ada surau". Hah ! apa lagi, pergi stesen bas la paling dekat, tapi tak tau pula kat mana. Terserempak dengan seorang pakcik tua pegang plastik yang ada buah mangga kat dalam heheh.. Tanya la dia kat mana surau, then dia kata "dekat sini tak dak surau, ada hat masjid kat sana tu tapi jauhlah...Eh jap jap ada ada mai pakcik tunjukkan". Haha lega wey ~dia bawa kami dan kami ikut jela.

Beberapa minit kemudian.. sampai dah kat surau stesen bas Baling tu. Belakang bangunan mana entah, lantaklah, janji dapat solat Asar, tak nak la miss kan. Tapi ! tempat wudu` pulak tak too dey kat mana, tanya juga pakcik tu tempat wudu`. Dia bawak la. Hmph nah amek hang. Ambil wudu` kat bengkel kereta kawan dia kot, bengkel kereta tu betul-betul depan surau, kira seberang jalan sehala.. Pakcik tu tunjukkan tandas bengkel tu, ya Allah masuk bengkel, faham-faham jela bengkel acane rupanya kan. Dengan pakai baju sekolah masuk bengkel haha pertama kali doe~ Dah sampai depan pintu tandas, pakcik tu tolong bukakkan.  Awaesome ! haha enjin-enjin penuh dalam tandas tu. Izzah suruh kawan Izzah yang masuk, dia berat hati tapi kesian juga tengok pakcik tadi susah-payah bawa kitaorang. Dia pun masuk, dia kata "aduh.. tandas dah la hitam, enjin bertabuq, bukak pili, ayaq tak dak, hampeh betoii". Izzah suruh dia duduk je dalam tu, buat-buat ambil wudu`, nanti kalau pakcik tu dah blah, baru dia keluar. Dia turut je apa yang Izzah kata.

Bila pakcik tu dah pergi, Izzah ketuk pintu tandas slow slow tak nak bagi pekerja-pekerja kat situ dengar ahah, lepas tu kami keluar dari bengkel sambil ucap 'terima kasih' kat pakcik pemilik bengkel tu. Ingat eh, budi bahasa budaya kita ahak. Kawan Izzah pun solat macam biasa. Dah habis solat. Dia mintak phone Izzah, nak call ayah dia sebab dah nak dekat cuti 2 minggu dah. Bagi je la. Lepas dia gayut, Izzah pulak gayut. Lama gak sampai pukul 6 lebih cenggitu ah.

Leka...

Tengok jam dah lebih, van ambil balik pukul 7:15 pm. Rush la cari barang yang dipesan oleh juniors dengan kawan-kawan lain. Ada yang sempat, ada yang tak. Nak pusing satu pekan tu, hah tak larat, besar wey... Kami lapar. Restoran dan gerai semua dah tutup, takpe cari juga, mana tau dapat kan..

Yes ! ada satu restoran masih bukak lagi, nama restoran tu Oishii (maksudnya sedap - bahasa jepun-). Kitaorang pun masuk lah, dengan lemah longlai, buat pesanan. Lapar. Tak makan dari tengahari sampai petang. Dah habis order, tunggu je la. Lamanya. Lamanya. Jam tik tok tik tok. Sekejap sekejap tengok jam. Masih menunggu. jam dah menunjukkan pukul 7:00 pm. Waaaa~ mana akak waiter ni. Dah pesan kat dia dah suruh chef masak laju-laju. 7:10 pm makanan-makanan yang dipesan dah siap. Bayar cepat-cepat. Keluar dari restoran tu. Kitaorang berjalan lari cari KFC sebab kat situ selalu pakcik van jemput pulang. Huh tak jumpa ! Pusing-pusing tak jumpa jugak. Ini kes sesat dah namanya... Takpe kitaorang jalan jugak cari KFC, tup tup yay jumpa dah !! Tunggu kat situ, time tu confirm la dah lebih dari 7:15 kan. Apa boleh buat. Izzah pergi tanya abang yang jaga kedai dekat sebelah KFC tu, dia kata dia nampak van ulang-alik cari kitaorang. Huhu kesian pakcik van tu.

Izzah tak cuak mana pun, Ummi gelabah semacam.. Izzah cadangkan naik teksi. Tapi Ummi suruh tunggu. Hah memang tak la. Izzah paksa dia naik teksi jugak. Dia pun ok je lah. Kitaorang pergi kat stesen bas Baling tu, nak pergi ambil teksi. Tiba-tiba ada seorang pakcik jual burger tegur kami "adik dar sekolah yayasan khairiah eh?" kitaorang mengangguk. "Tadi ada van sekolah cari kamu berdua, dua tiga kali ulang-alik". Kitaorang diam je la, tak tau nak cakap apa haha.. Lepas tu Izzah tanya dia "nak naik teksi boleh je kan". Pakcik tu kata "boleh je tapi jangan naik teksi kat sini, diaorang charge mahal, biar pakcik call kawan pakcik sat". Dah call semua tu, dia suruh kitaorang tunggu dekat gerai yang dekat dengan situ je. Kami pun duduk la.. Ingat budi bahasa budaya kita. Kami ucap terima kasih.

Lama juga tunggu. Sampai pun teksi.

Nak naik tu Ummi suruh tanya pakcik teksi tu berapa tambang. Dia kata seorang RM 8, Izzah tak fikir panjang, lantak lah berapa janji dapat balik. Penat !

Pakcik tu drive macam Fast & furiost laju gila pak hang.. Tak tenang aku duduk.

Sampai pun depan sekolah. Bayar tambang. Sebelum turun, ingat budi bahasa budaya kita. Kami ucap terima kasih kat pakcik teksi tu.

Masuk pintu asrama perempuan, heboh ! Budak asrama cepat je dapat cerita. Kecoh juga lah kitaorang sesat kat Baling.. Ada seorang kawan Ummi tu dia kata yang pakcik van tu sebenarnya tak nak cari kitaorang pun tapi diaorang paksa sebab kitaorang budak baru dan bukan budak Baling. Pakcik tu pun cari tapi  fed up kemudian balik hantar diaorang.

Hmm first time aku macam ni.. Masuk-masuk dorm kena gelak dengan kawan sebilik. Hampeh betulla diaorang ni.

Moral : Jangan terlalu leka dengan kecanggihan teknologi pada masa kini.




Taiyou no uta タイヨウのうた (Song of the sun)

This movie, I liked. I dont know. But I like hee.. It tells us about
Kaoru Amane, a 16 year old girl who has the rare skin condition xeroderma pigmentosum (XP), a disease that makes the ultraviolet radiation of sunlight potentially lethal to her. This movie was based on a real story of a girl named Kaoru Amane. She sings a song called Taiyou no Uta.




p/s : sorry if not clear, I do really like this story.. huhu hmm yeah

Kisah Klinik Batu 9

Assalamualaikum..

:]

Pada 20 Disember 2012.
Izzah pergi buat medical check up kat Klinik Batu 9.
Sebab. Sebab? Oh korang tanya sebab apa ?

Haaaaaa... Sebab...

PLKN.

Ye~

Jiwaku meronta-ronta. Hatiku gelisah. Jantungku berdebar. Fikiranku tak terarah.

Tangan dan kakiku menggeletar.

Perutku tiba-tiba terasa lapar walau sudah menjamah 3 senduk nasi berlaukkan ikan bakar dan sayur bayam. Mmm sedapnyeh.

Kepalaku perih seperti dipukul kayu balak, akan tetapi daku tahan kesakitan kepala yang aku alami itu.

Masih.. masih.. iya.. masih dup dap dup dap. Terlalu kuat sehingga kedengaran di cuping telingaku.

Tanganku pucat. Bibirku kering. 


A
ku berzikir, aku berselawat, aku membaca ayat kursi.

Lihatlah... betapa aku kecut untuk berjumpa, bertemu, berselisih, bercakap, bertegur sapa dengan jururawat dan doktor. Tetapi aku memberanikan diri, menguatkan semangatku.. Aku bisa mengatasi hal ini.. Ya, bisa, boleh..

Sedang aku membarakan api semangat di dada dan jiwa raga, tiba-tiba namaku dipanggil oleh jururawat perempuan yang sedang bertugas. Terus.. terus jantungku berdebar semula. Takut-takut di cocok.

Aku tetap memberanikan diri. Sedang aku asyik berjalan ke arah jururawat tersebut, tiba-tiba kasutku buat hal pula, hampir saja aku mahu tergelincir kerana lantai yang dipijak terlalu licin, nasib baik tidak terjadi.
Ok dah ah

Kemudian aku diminta untuk menimbang KG dan mengukur CM. Aku tinggi !! haha >#<
Ketinggian ku 154 CM dan beratku 37.9 KG. Aku sudah terasa biasa ketika itu. Akan tetapi ! Jururawat tersebut kaget.. kaget akan beratku, dia tertanya-tanya. Benarkah atau mesin ini yang rosak ? Aku mengiyakan beratku tetapi dalam hatiku riang sedikit kerana berat badan ku sudah meningkat dari 35 KG.

Setelah itu tanganku dipam..

Mataku diperiksa sama ada rabun atau tidak.. Nampaknya rabun jauhku makin berkurangan alhamdulillah.

Aku diperiksa air ******* .. Macamlah aku ni hisap dadah Ծ_Ծ Aku pernah hisap botol susu je 

Akhir sekali, saat-saat yang membuat aku tunggu lama dikerusi menunggu... akhirnya namaku dipanggil oleh jururawat lelaki yang bertugas. Aku berhadapan, bersua dengan seorang doktor wanita.. Ketika itu aku memang sedang terbayang jarum. Hee apela.. Dia menanyakan penyakit yang aku alami selama aku hidup di muka bumi alam nyata dan aku memberitahu bahawasanya aku mengidap penyakit Migrain, Gastrik serta lelah. Dalam benak fikiranku ingin sahaja tertawa sedikit, hati ini riang kerna memikirkan penyakit-penyakit yang dihadapi itu adalah kronik tetapi doktor tersebut menyatakan ia hanyalah penyakit biasa sebab kesannya sekejap dan bukan setiap hari. Terus fikiranku berpetir, hatiku hiba dan pilu. Doktor terus melakukan kerjanya dengan memeriksa mata, tekak dan jantung untuk memastikan aku betul-betul layak atau tidak..

Pada borang pemeriksaan kesihatan PLKN itu, semuanya ditulis NORMAL. Aku sihat. Alhamdulillah. Pada borang penyertaan, doktor membulatkan perkataan LAYAK. Mulutku mengeluh, jiwaku mengaduh..

Doktor mempelawa aku dan ibuku keluar dari biliknya. Huh! Selesai sudah. Lega tapi tak suka.

Ibu memecut laju kereta Avanza berwarna Maroon pulang ke rumah. Dalam fikiranku memikirkan keadaan yang akan perlu ku tempuh.

Sampai sudah di rumah, terus aku membuka hijabku dan meluru ke ruang televisyen. Aku merampas bantal hiasan di sofa televisyen kemudian ku hempasnya di atas permaidani coklat. Permaidani coklat yang ayahandaku beli di Sarawak. Aduh ! Sarawak.. Aku meletakkan kepalaku di atas bantal, menonton televisyen, meramas kepalaku yang pedih perih. Wa Kholasotul Qaul, aku terlena. Bestnye rasa.

Nota : Pada pagi buta ini, sudah pukul 2 lebih, mataku masih membulat, tidak letih, tidak ngantuk. Aku mengambil keputusan untuk menceritakan kisahku di Klinik Bau 9 yang mana situasi ini berlaku juga di klinik-klinik lain dan di hospital juga. Aku keliru, aku tidak mengerti, aku bingung mengapa pagi ini aku sepertinya terlalu pelik. Aku hairan sama diriku ini. Ayat dalam ceritaku ini terlalu skema bagi pembaca dan aku juga. Hah sudahlah. Aku tidak peduli. Aku sudah menceritakan hal yang terjadi. Maaf jika post ku kali ni tidak memuaskan atau sukar dibaca. Kalau tidak faham, fahamkanlah, insyaAllah faham. Cukup cukup sudah, sampain di sini saja. Kaki ku terasa kejang dan semut-semut. Pinggang ku sakit. Umur sudah lanjut agaknya. Mahu masuk tidur. Terima kasih kepada pembaca dan komentar (itu pun kalau ada). Wassalam (●́◡●̀) /`

Best Marketing Worlwide

Assalamualaikum
Best Marketing Worldwide atau lebih dikenali sebagai BMW. Ia merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2012 dibawah seliaan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Syarikat ini menghasilkan produk-produk cross stitch.

Syarikat BMW dibawah naungan budak kat bawah ni.


Kami, ahli-ahli BMW telah mengadakan jamuan secara kecil-kecilan dan bersederhana dan hanya di sekolah〠 apa-apa jelah.










Jamuan yang diadakan tidaklah terlalu meriah. Tapi riuh jugaklah ヅ

Tapi ada 3 orang yang spoil ఠ_ఠ diaorang balik awal




 Bila diaorang dah blah, budak-budak lelaki pau ah makanan diaorang. Mula-mula kami suruh diaorang wait dulu sebab pizza sampai 10 minit lagi.. Tapi diaorang "takpe ah, takpe ah" . So.



#gambar nih (•_•)? Flash kuat sangat. Hemm















#Penat dah nak tiup.Tiup tak kembung. It's all too muchStop. Ambil oksigen. Hidung kembang.












 Dan penyampaian hadiah..



Serta hadiah untuk budak-budak yang entahlah..
#Time sebut nama Izzah tiba-tiba Ibu call. Lepastu kena perli. Lepastu ada orang snapped


Nak tau tak picture dalam frame tu.


#Tak seberapa cantik sangatlah editannya.. sebab Izzah yang edit :) Takpelah.

 Alhamdulillah habis dah..

When a guy ... (●́_●̀)











Assalamualaikum.

Apa ni sedih-sedih.. Janganlah ~
Saya.... saya.... saya.. isk isk isk
saya... saya rindukan kawan ! uwahahahaha
I miss them ^_^
Saya teringat ketika kami main skipping sama-sama 



Saya teringat ketika kami main sama-sama lebih-lebih lagi 'True or Dare'


Saya paling teringat ketika kawan saya Helwa hanya memberi respon kepada kami dengan "Ha,yelah" , "Apa-apa jelah" , "Iyee" , "Ok" . Yah, kiteorang benganglah of course.


Saya teringat ketika kami makan sama-sama ^.^


Saya teringat ketika saya dengan kawan-kawan study sama-sama, stay up sama-sama.



Saya teringat ketika kami merdeka lepas SPM sama-sama.

#no mood about it#

Ergh ! Tak suka .. Jangan cakap pasal SPM !




(;¬_¬)

Hehem.. sebenarnya nak cerita tentang kisah seseorang rakan saya di Facebook, mungkin dia bukan sekadar rakan di Facebook, mungkin tidak =_="


Dia tanya Izzah .. 





Okey Izzah bukan typo tapi time Izzah chat dengan dia, Izzah guna komputer rumah dan keyboard keys komputer tu rosak satu. Huruf  'T' ah. Okay lepastu Izzah jahat kan. Faham.
Itu cuma apa yang Izzah rasa dan Izzah kongsikannya bersama.  Hmm whatever.
Yang penting Izzah dah buat dia rasa confident kat diri dia sendiri walaupun sedikit. InsyaAllah.

Ok last, last tau, last.

















Apa ? apa ? Izzah sayang kawan Izzah ah. Ok la dah stop